TAZKIRAH RAMADHAN..

  • Cukupkan solat sunat tarawih serta witir sepanjang Ramadhan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
  • Jangan banyakkan tidur di siang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada-pada sahaja akan dikira sebagai satu ibadah.
  • Memperbanyakan bacaan Al-Quran serta memahami isi kandungan Al-Quran.Ganjaran yang besar menanti khususnya di bulan Ramadhan ini.
  • Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa,besar ganjaranya.Sabda SAW:Pahala orang yang beri makan berbuka puasa sama dengan orang-orang yang berpuasa -TARMIZI.
  • Hidupkan tadarus Al-Quran.Nabi SAW pernah menjelaskan bahawa sebaik-baik ibadah umatnaya ialah membaca Al-Quran,apatah lagi pada bulan Al-Quran diturunkan.
  • Orang yang berpuasa sangat tinggi darjatnya sehingga digambarkan bau mulut orang yang berpuasa di sisi ALLAH lebih baik daripada bau kasturi - BUKHARI.

0 comments:

Post a Comment